Belia & Sukan

Kongsi pendapat mengenai pemupukan kemahiran, infrastruktur sukan, usaha-usaha yang tertumpu terhadap belia serta topik lain berkaitan belia dan sukan

Raymond Rosidih
Message User Image

Galakan Penyertaan Ke Atas Sukan Yang Berpotensi Dijuarai di Peringkat Dunia

Salam sejahtera. Saya ingin mencadangkan agar diberi tumpuan kepada sukan-sukan yang berpotensi bagi rakyat Malaysia menjuarai di peringkat dunia. Sukan-sukan yang tidak melibatkan kelebihan fizikal seperti boling, memanah, menembak dan seumpamanya boleh dijuarai oleh rakyat Malaysia sekiranya diberi pendedahan dan peluang yang cukup. Oleh itu, dicadangkan agar dibuat program khas bagi menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia ke dalam sukan-sukan tersebut yang memerlukan kos agak tinggi.

3 0

1 year ago
Dhafina Simpson
Message User Image

Memajukan bangsa bumiputra

Salam 1 Malaysia DSN. Saya ingin memberi cadangan bahawa DSN haruslah mempertimbangkan permintaan atlit2 yang berbangsa melayu yang berkelayakan untuk pergi lebih jauh dalam bidang sukan . DSN haruslah memberikan perhatian dalam bidang sukan kepada golongan bumiputra kerana ada antara mereka yang layak tetapi pihak belia dan sukan terlepas pandang . Bukan racist , tetapi cuma menegur perkara yang salah . Bantulah mereka dari segi persiapan ataupun perancangan yang rapi demi memajukan Negara .

1 4
1 year ago
noor ain bt ibrahim
Message User Image

Pembangunan Sahsiah remaja dan belia

Assalamualaikum, saya menyarankan agar usahama dr semua pihak utk memperbanyakkan program pembangunan sahsiah remaja dan belia. Terutamanya pelajar sekolah. Ini adalah kerana rasa hormat kpd guru telah hilang dan sikap patriotisme dikalangan remaja dan belia juga perlu dititikberatkan demi pewaris bangsa. Terima kasih

0 0

1 year ago
noor ain bt ibrahim
Message User Image

Pembagunan Sahsiah remaja dan belia

Assalamualaikum, saya noor ain ibrahim dari Ipoh. Saya seorang usahawanita yg memberi khidmat motivasi kpd para pelajar dr peringkat sekolah rendah dan ke atas. Saya mencadangkan agar usahasama dari semua pihak utk memperbanyakkan program pembangunan sahsiah pelajar khususnya remaja dan program berbentuk patriotisme. Ini adalah kerana rasa hormat kpd guru sudah hilang dan rasa cinta kpd negara turut trhapus. Niat saya mbuka syarikat motivasi adalah utk membantu dlm pembentukkan sahsiah pelajar

0 0
1 year ago
Afiq Asraaf
Message User Image

MENELITI SUKAN AIRSOFT SEBAGAI SUKAN BELIA

salam sejahtera, saya mohon agar kerajaan dapat meneliti sukan airsoft sebagai satu sukan yang sihat. sesungguhya sukan ini amat popular dia luar negara. tetapi, ia dilabel sebagai satu aktiviti yang berunsurkan keganasan di Malaysia. jika sukan ini dikembang dengan baik, ia dapat mengurangkan masalah sosial seperti di jepun, Britain dan Amerika Syarikat. terima kasih

0 0

1 year ago
TUAN HAJI KAMARUDIN MD NOOR
Message User Image

Perlantikkan Jurulatih Belia

1- Kerajaan seharusnya melantik jurulatih-jurlatih yang berumur 40 tahun ke atas sebagai pegawai gerakan belia. Walaupun golongan ini mungkin kekurangan dari segi pendidikan, tetapi pengalaman mereka amat diperlukan bagi membimbing dan membangunkan persatuan-persatuan belia. Ini kerana kebanyakkan pegawai yang ada pada masa ini merupakan golongan muda yang baru tamat pengajian dan tiada pengalaman berkecimpung dalam persatuan belia secara intensif.

1 0
1 year ago
Shazmi Shafiai
Message User Image

Grassroot Development

We need to put in long-term and short-term plans for the national athletes. We need to be realistic and can’t expect to go from zero to the top immediately. Grassroot Development is essential so that we dont get left behind in the national arena.

1 0

1 year ago
Taufiq Megat Ghazali
Message User Image

sukan sukan sukan

kekurangan fasiliti dan akademi mmbantut lebih banyk percambahan sukan di Malaysia, antara idea yg boleh dkembangkn, adakan akademi akademi sukan dgn sistem pembelajarn yg agak berbeza dengan sistem pembelajarn biasa seperti pemain bola sepak di ajar dengan kemahiran. ibu bapa akan merasa susah hati jika anak mereka hanya bersukan dan tidak menentu masa depan. setidaknya, atlet akan mmbawa diri dgn cara sendiri setelah bersara serta tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan dari kerajaan

0 0
1 year ago
Mohd Norhafiz
Message User Image

Penganjuran Acara Sukan di Labuan

Menganjurkan acara sukan samada bertaraf antarabangsa di WP Labuan. Antaranya, seperti perlumbaan perahu naga dan Ironman. Ini dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke Labuan dan menaik taraf ekonomi setempat.

0 0

1 year ago
mohd haizal abd rahman
Message User Image

kemudahan dewan / pusat rekreasi diselia setiap tahun

Saya berharap kerajaan dpt memberi peruntukan khas bagi menyelenggara serta menambah baik kemudahan sukan/rekreasi setiap tahun. Ini kerana mula2 je ramai orang yg menggunakn kemudahan ini, tetapi setelah beberapa tahun sudah berkurang sebab ada peralatan dah rosak dan peralatan ketinggalan zaman.

2 0
1 year ago
Jayaletchumi Moorthy
Message User Image

Pembangunan Sukan

Budget untuk pembangunan sukan perlu ditambah memandangkan persatuan negeri tidak dapat menampung kos pembangunan dan latihan sukan yang semakin meningkat. dan ini menyusahkan pembangunan bakat-bakat baru dalam sukan. Kos latihan termasuklah kos gelanggang, kos menganjurkan pertandingan dan sebagainya.

1 0

1 year ago
Mohammad ab. Rahman
Message User Image

Memperkasa Koperasi Generasi Kedua FELCRA Berhad

Koperasi Generasi Kedua FELCRA bercadang mewujudkan "One Stop Centre' untuk Produk Usahawan FELCRA. Ini sebagai usaha untuk mewujudkan tempat pengumpulan barangan usahawan serta mempunyai pengurusan yang tersusun dan sistematik. Di samping itu, akan wujud peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis FELCRA dan usahawan belia yang berkarisma dan berwawasan. Dicadangkan peruntukan berjumlah RM1.0 juta diperlukan bagi merialisasikan perancangan ini.

0 0
1 year ago
johan
Message User Image

Mempromosi sukan renang , naik kuda & memanah sebagai sunnah Rasulullah

Saya harap Dato Seri dapat mempromosi sukan renang, naik kuda, memanah , lumba lari , brisk walking sebagai sunnah Rasulullah pada Hari Sukan Negara, ini kerana dalam Islam semual amal ikut niat , jika kita Brisk Walking tanpa niat ikut sunnah Rasulullah maka brisk walking kita takde pahala, jika kita brisk walking ikut sunnah insha ALLAH dapat pahala, begitu juga kita fit kerana ALLAH dapat pahala, diharap unsur tersebut dapat dimasukkan dalam program Fit YB KJ niat sihat beribadah TQ

0 0

1 year ago
Mohamad Ridhwan Bin Mohamad Nor
Message User Image

Sukan antara Syarikat Swasta Malaysia

Minta Dato Seri wujudkan dan sediakan dana sukan untuk adakan sukan antara syarikat-syarikat swasta di peringkat daerah, negeri mahupun swasta. Tujuannya adalah utk melahirkan pekerja2 yg aktif bersukan, mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran serta platform melahirkan atlet2 negara dlm mencapai emas Olimpik negara. Untuk makluman Dato Seri, sy berkhidmat di bhg HR kilang Vacuumschmelze di Pekan dan merupakan anak jati Pekan Pahang. Saya sokong penuh perjuangan Dato Seri. Terima kasih.

0 0
1 year ago
Zulkifli B. Abd Kadir
Message User Image

Serap ilmu Agama

Kem binadiri untuk pembangunan hidup lebih bersyariat di tekankan agar rakyat tidak terbelenggu dengan ketiadaan ilmu Agama yang jelas lagi baik untuk semua bangsa. Pemakaian dalam sukan harus berlandas kan syariat Islam. Penerapan sukan memanah berkuda Dan sukan berkaitan sunnah Nabi.

0 0

1 year ago
Hafiz Husny Jalal
Message User Image

Budaya sukan bermula dari peringkat kanak2

As salam datuk seri, sememangnya sukan amat penting di kalangan kita, justeru itu saya mencadangkan agar sukan dapat diterapkan pada usia umur 4 tahun lagi. Sukan badminton, terjun dan basikal velodrome antara penyumbang pingat olimpik, adalah lebih baik dapat fokus kan sukan2 ini di peringkat kanak2. Justeru itu jika di tambah dana untuk pembangunan sukan2 taraf olimpik di peringkat umur 4 tahun hingga 7 tahun di seluruh malaysia, dan YB Khairy Jamaluddin harus dikekalkan.

0 0
1 year ago
Muhammad Danial Amsyar Bin Arfi
Message User Image

Sukan

Datuk seri kerajaan telah belanja jutaan ringgit melalui msn bagi membagunkan atlet negara, jadi kerajaan harus tegas kpd atlet negara agar semua atlet semestinya tidak merokok dan tidak ambil alkohol, ini bertujuan agar negara kita blh bersaing diperingkat dunia bagi mencapai cita2 negara, kerajaan berusaha tapi atlet sendiri tidak tahu menghargai usaha kerajaan.

0 0

1 year ago
MARNAIDU A/L OMPRAKASARAO
Message User Image

Cocurriculum

Increase the number of coaches in secondary schools, IPTA/IPTS and number of sports involved by nation, look back at recent Olympic, Malaysians have all the quality to participate in all the sport rather than common enters, involve and produce more athletes for MALAYSIA.

0 0
1 year ago
Mohammad Khalil Arshad
Message User Image

Liga sukan utama antara pelajar

Mewujudkan liga sukan utama seperti bola sepak atau badminton diantara pelajar sepertimana yang diterapkan di Jepun dimana sukan baseball atau badminton mempunyai liga sukan ini yang tersendiri. Acara liga diadakan setiap waktu cuti sekolah. Ini dapat memupuk disiplin, bakat, kesihatan dan kerjaya

1 0

1 year ago
Kimberly Hong
Message User Image

Kolam renang kuala lumpur

Saya berharap agar Dato dapat menaik taraf kolam Renang Kuala Lumpur di taman permaisuri. Mereka terdapat ramai perenang dari umur 5 ke atas selalu berlatih di kolam Renang tetapi tandas, pemamcu air dan facilities yang lain sudah lama rosak. Hanya tandas di pejabat masih dijaga baik tetapi pekerja tidak membenarkan orang awam masuk malahan tandas awam bukan sahaja kotor, paip juga rosak dan banyak lipas. Saya Amat berharap agar Dato dapat mempertimbangkan pendapat saya. Terima kasih Dato

1 0
1 year ago