Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Kongsi pendapat mengenai perkhidmatan pusat-pusat penjagaan kesihatan seperti klinik dan hospital serta topik lain berkaitan penjagaan kesihatan

MUHAMMAD NURHAKEM BIN ELIAS
Message User Image

elaun menunggu

memohon elaun menunggu atas panggilan(on~call)untuk pembantu pembedahan pergigian.ini dapat meningkatkan motivasi staff.

4 8

1 year ago
Muazzam Ali
Message User Image

menyeimbangkan kemerosotan pendapatan farmasi komuniti dgn kewujudan klinik satu Malaysia

kewujudan klinik satu Malaysia memberi impak negatif kpd kedai farmasi komuniti di kwsn kampung dan pekan kecil berikutan pelanggan telah berpaling drp membeli ubat di farmasi kpd mndapatkan rawatan / ubat percuma drp klinik satu Malaysia. Pendapatan kedai farmasi telah merosot dlm 40%. Jadi cadangan kami agar kerajaan dpt seimbangkan balik keadaan ini dgn memberi baucer kpd pesakit utk dptkan ubat/ suplemen drp kedai farmasi berdekatan.

5 0
1 year ago
MUHAMMAD NURHAKEM BIN ELIAS
Message User Image

elaun kritikal

sbagai benteng hadapn dlm kesihatan.sy mncdangkan elaun kritikal rm300 diberikan kepada smua anggota kkm.pelbagai pnyakit yg wujud pada hari ini dan anggota kkm mnjd benteng utama.

3 1

1 year ago
Mohd Sakirin bin Nasrudin
Message User Image

Insentif kepada penderma darah

Assalamualaikum. Saya mencadangkan agar insentif berbentuk kewangan diberikan kepada penderma darah yang berterusan membantu menyelamatkan nyawa disaat memerlukan. Ramai yang sedia maklum bahawa setiap penderma darah akan mendapat beberapa kelebihan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mereka menghadapi masalah kesihatan, dan saya sangat berterima kasih terhadap perkara tersebut. Dalam 'membudayakan' pendermaan darah kepada masyarakat negara ini, pendekatan yang berbeza boleh dilakukan.

23 0
1 year ago
NIRMALADEVI A/P ANNAMALAI
Message User Image

subsidi utk kad perubatan/perbelanjaan perubatan di hospital swasta

With rising need for medical treatment the public hospitals r not adequate to serve whole msia citizen thus the medical card has become a necessary for all age. But the card price is increasing tremendously too as the private hosp charges r high. If gov could subsidies the medical card or subsidies the medical bill at private hosp, more people especially the golden citizen n lower income group could afford a card for thmself. Thus the charges imposed by private hosp could be monitored by gov

7 3

1 year ago
Ahmad Syahmi bin Mohd Sapperi
Message User Image

Tambahkan Kemudahan Penjagaan Kesihatan

Saya berharap agar lebih banyak peruntukan diberikan untuk pembinaan lebih banyak hospital, pengubahsuaian hospital lama dan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan. Saya juga merasakan kakitangan dalam bidang penjagaan kesihatan seperti doktor dan jururawat diberikan gaji yang lebih baik, setimpal dengan pengorbanan dan kerja mereka. Jumlah kakitangan penjagaan kesihatan juga perlu ditambah bagi mengurangkan kesilapan dan menambah baik perkhidmatan bidang ini.

3 2
1 year ago
johan
Message User Image

Hari diet peringkat kebangsaan

Seperti yang kita maklum menjaga kesihatan adalah melalui senaman & diet, hari sukan ada, hari diet takde, diharap kerajaan dapat memperuntukkan duit untuk mengadakan hari pemakanan dimana kesedaran pemakanan sihat diajar, bila penyakit tidak berjangkit menurun bajet kesihatan juga akan menurun insha ALLAH

0 1

1 year ago
Ahmad Syahmi bin Mohd Sapperi
Message User Image

Tambahkan Kemudahan Penjagaan Kesihatan

Saya berharap agar lebih banyak peruntukan diberikan untuk pembinaan lebih banyak hospital, pengubahsuaian hospital lama dan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan. Saya juga merasakan kakitangan dalam bidang penjagaan kesihatan seperti doktor dan jururawat diberikan gaji yang lebih baik, setimpal dengan pengorbanan dan kerja mereka. Jumlah kakitangan penjagaan kesihatan juga perlu ditambah bagi mengurangkan kesilapan dan menambah baik perkhidmatan bidang ini.

3 0
1 year ago
Hawa Homosapiens
Message User Image

menaik taraf pusat perkhidmatan veterinar

1. Manaiktaraf klinik kesihatan veterinar kepada hospital veterinar. 2. Mewujudkan lebih banyak pusat kesihatan veterinar kerajaan terutama di luar bandar. 3. Menyediakan klinik haiwan bergerak untuk memudahkan pencinta haiwan mendapatkan rawatan untuk haiwan kesayangan.

0 0

1 year ago
Mohd Muhaimin Mohd Hasni
Message User Image

Kesihatan mental

Assalamualaikum Dato' Seri, Saya Muhaimin, pegawai perubatan dari Jab Psikiatri dan Kesihatan Mental hosp kerajaan ingin meminta jasa baik Dato' Seri memberi peruntukan yg lebih terutama buat kesedaran berkenaan kesihatan mental. Dato' Seri, seperti yg diketahui, masalah depressi atau kemurungan sudah semakin serius di kalangan masyarakat. Peruntukan utk beri kesedaran masyarakat perlu mengetahui gejala masalah mental misalnya depressi, schizophrenia, dan rawatan apa perlu diberikan. Tkasih

3 0
1 year ago
Elizaberth Kasmet Noep
Message User Image

Permohonan Dana Perubatan- Enzyme Replacement Theraphy

Salam 1 Malaysia... Maclean Korinth Anak Maiken, berusia 7 tahun dan berasal dari negeri Sarawak adalah salah seorang daripada pesakit LSD (Lysosomal Disease) yang amat memerlukan rawatan (Enzyme Replacement Theraphy) untuk kelansungan hidup. Oleh kerana kos rawatan yang terlalu tinggi dan hampir mencecah jutaan setahun bagi seorang pesakit kami menyeru agar pihak Kerajaan memperuntukan Dana Perubatan khas kepada pesakit LSD. Terima kasih pihak Kerajaan yang perihatin.

1 0

1 year ago
Gevakumaran Rajoo
Message User Image

kebersihan dan customer care yang lebih baik

perkhimatan kesihatan secara basic memamg bagus tetapi untuk penyakit critical seperti kanser mmg service dari GH memang sangat lambat sehingga menyebabkan pesakit meninggal sebelum mendapat rawatan. cth: utk dapatkan checkup dan rawatan bagi semenanjung malaysia utk pesakit kritikal seperti cancer orang dari perlis, kedah perak terpaksa bertolak ke GH Pulau Pinang se-awal 5am hanyak utk sampai awal danterpaksa menunggu giliran yang panjang dan habiskan rawatan kadang2 sampai pukul 6 petang.

4 1
1 year ago
Hishamuddin bin Ahmad
Message User Image

Bantuan Pembiayaan Kos Pembedahan Kes Otopedik Akibat Kemalangan Jalanraya

Assalamualaikum Dato' Seri, Saya mencadangkan agar pihak kementerian kesihatan memberi perkhidmatan percuma atau subsidi sebanyak 50% untuk kes kemalangan yang memerlukan pembedahan bagi keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah sekurang-kurangnya, untuk kes yang pertama. Perbelanjaan pembedahan yang memerlukan bekalan peralatan dari pihak swasta yang mencecah belasan atau puluhan ribu ringgit amat memberi tekanan kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Terima kasih.

1 0

1 year ago
Jafni Suhail
Message User Image

Pulangkan Bajet Kementerian Kesihatan Malaysia

Salam 1 Malaysia DS. Saya sering ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Setelah beberapa tahun saya menggunakan kemudahan Kad Merah penderma darah bagi mendapatkan status percuma, pegawai perubatan kata sudah tiada kerana kerajaan tiada bajet. Ubat-ubatan saya pun sering ditukar kepada jenis generic yang murah. Ahli keluarga saya yang kerja di hospital kerajaan juga kata tiada bonus, elaun ditolak, alasan pihak atasan MOH tiada bajet dan kerajaan tiada bajet. Mohon DS timbang.

6 0
1 year ago
Azman Ismail
Message User Image

Mohon perubahan di hospital kerajaan..

Assalamualaikum Dato seri, Saya mohon untuk Dato seri merangka perubahan di hospital kerajaan bagi memastikan hanyalah Dr wanita yang menyambut bayi. Ini bagi memberi keselesaan kepada golongan ibu Untu bersalin di samping menjaga aurat mereka. Mohon Dato Sri memberi pertimbangan yg sewajarnya demi agama dan negara. Azman Ismail Suami perihatin

1 2

1 year ago
Edward Tan Hsien-hann
Message User Image

Smoking Menace

We are not spending enough eradicate the smoking menace. I am shocked that a deputy health director of Pontian district come tell me that they do not have the manpower to enforce laws on non-smoking areas. R&R at highways, bus stations, TBS, all are non-smoking area yet people are smoking easily without fear due to no enforcement.

1 0
1 year ago
Khairul izzuarddi bin ramli
Message User Image

Naiktaraf Klinik Kesihatan Peringat,Melor Kelantan

Saya memohon jasa baik dato seri agar dapat menaiktaraf klinik kesihatan peringat,melor kelantan dengan kemudahan xray,pergigian,dan makmal darah.Pertambahan penduduk juga menyebab keadaan klinik tersebut menjadi sesak.keadaan bilik doktor yang ada sekarang ni kurang selesa kerana 1 bilik terpaksa dikongsi 2 orang doktor.Dengan wujudnya mrsm ulul albab dan giatmara prima di kawasan tersebut menyebabkan klinik tersebut akan menjadi tumpuan pesakit.Amat perlu dinaiktaraf dengan segera.t.kasih.

1 0

1 year ago
'Yanti Rahaman
Message User Image

HOSPITAL PAKAR BERSALIN

mohon kerajaan mewujudkan hospital pakar di setiap daerah khusus untuk bersalin. cadangan ini untuk mengurangkan kadar kematian bayi dalam kandungan dan labor room yang penuh. dimana pernah terjadi kes yang viral di fb dimana wanita yang sudah ada tanda untuk bersalin diminta balik kerana labor room dan wad penuh yang menyebabkan kematian bayi dalam kandungan kerana lambat untuk bersalin.

1 0
1 year ago
Kamarul ridzuan bin shahbuddin
Message User Image

Berkenaan isu waktu bekerja doktor yang terlalu lama

Assalamualaikum DSN. Sy nk point out berkenaan isu waktu bekerja doktor yang terlalu lama sehingga waktu berkualiti bersama keluarga tidak dapat dibahagikan. Selain itu juga, berkenaan waktu bekerja yang terlalu lama menyebabkan hilangnya kualiti-kualiti yang ada pada doktor yg bekerja. Sy berpendapat datuk seri lebih arif berkenaan isu ini memandangkan isu ini telah lama dibangkitkan sejak dahulu lagi. sy percaya DSN seorang yg mndngar keluhan rakyat. Terimea kasih DSN.

3 0

1 year ago
Fateh Pembuka
Message User Image

elaun khas sara hidup pesakit psikiatri

pesakit psikiatri patut diberi elaun sara hidup tanda kerajaan prihatin dan sayang terhadap golongan yg dipilih menerima dugaan

2 0
1 year ago