Pekerjaan

Kongsi pendapat mengenai kualiti tenaga kerja mahir dan separuh mahir, latihan kemahiran vokasional, penciptaan lapangan pekerjaan baru serta topik berkaitan dengannya

michael Kumar
Message User Image

PENSIONERS MONTHLY PAYMENT.

Good Evening Honorable Prime Minister, This is my first time ever writing to your good self, I will keep it brief, my request is for yourself to look into the pensioners needs, all these while after every budget, they are hardly getting anything that will enable them to survive. At the rate the cost of living is escalating , many are finding very hard to make ends meet, there are cases, where some survive on one meal a day, these are retired civil servants who were earning monthly salary les

42 1

1 year ago
Abe Ja
Message User Image

bonus kepada penjawat awam

dato seri saya ingin mencadangkan pemberian bonus diselaraskan kepada semua penjawat awam tidak kira gred. Semua gred saya cadangan diberi bonus sebanyak rm 2000.00 kepada penjawat awam tidak kira dari gred mana pun.

48 31
1 year ago
azrolsenawi
Message User Image

Memberi bonus untuk penjawat awam

Untuk menghargai penjawat awam saya mencadangkan pemberian bonus mengikud gred. untuk gred 29 ke bawah 2 bulan bonus yang di beri.41 kebawah 1 bulan,52 ke bawah setengah bulan dan jusa A ke bawah hanya wang sagu hati rm500. Ini membolehkan kenaikan moral penjawat awam dari akar umbi dan secara tidak lansung pihak kerajaan dapat bajet kewangan dalam keadaan ekonomi sekarang.

42 18

1 year ago
Ct Emiza
Message User Image

Jawatan Kosong SPA

DS, sy mohon pihak SPA melaksanakan pemantauan ke atas jabatan dan agensi selian mereka. Tdapat pejabat kerajaan yg sgt2 memerlukan kakitangan bg memenuhi keperluan semasa dan tak tkecuali tdapat lebihan pekerja. Juga dharapkan pihak SPA tdk mengambil pelajar lepasan sekolah menengah form 5 (yg mana mereka sepatutnya menambah ilmu d ikbn, ilp, kolej komuniti mahupun mara) yg langsung tiada ilmu pekerjaan.

26 5
1 year ago
muhammad hafiz
Message User Image

KAKITANGAN CONTRACT FOR SERVICE (CFS)

As salam. Mohon YAB Perdana Menteri mempertimbangkan agar pekerja Contract For Service (CFS) diserapkan ke jawatan tetap sama seperti Contract Of Service (COS) yang akan diserapkan ke jawatan tetap setelah berkhidmat 15 tahun. Pekerja CFS haruslah diberi kenaikan gaji tahunan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini.Mohon YAB Perdana Menteri mempertimbangkan agar pekerja CFS mendapat kemudahan skim perkeso dan caruman kwsp untuk membantu membela nasib kakitangan kontrak.

18 2

1 year ago
Hamizah binti Mansor
Message User Image

Mohon PEG.PEMANTAU HARGA (PPH) KPDNKK DiSerap Ke Jawatan TETAP

Assalamua'laikum w.b.t,.YAB Dato' Seri yg dikasihi,sy & rakan-rakan mhon jasa baik Dato' Seri agar dpt pertimbangkan utk menyerap tetap smua PPH (KPDNKK) di Malaysia.Ini krn laporan yg dihantar oleh PPH merupakan sumber utama kerajaan utk menganalisa kenaikan & penurunan harga brg serta kekurangan stok bkalan barangan trtentu.Justeru,kmi merayu dan memohon agar Dato' Seri melalui pihak kerajaan dpt menyerap PPH ke jawatan TETAP demi kesejahteraan negara & kbajikan serta kos sara hidup PPH.Sekian

7 4
1 year ago
Abidin Bin Atiola
Message User Image

Mohon diberi elaun penyelenggaraan kenderaan dan Subsidi Minyak bagi pasangan dukalara

Saya bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan mohon supaya diadakan elaun penyelenggaraan kenderaan dan elaun subsidi minyak bagi urusan melawat isteri atau melawat suami bagi pasangan yang berjauhan tempat bertugas. Elaun ini penting kerana setiap minggu saya perlu lawat isteri dan anak-anak dan setiap bulan juga saya perlu selenggara kenderaan saya. Jadi elaun tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Mohon dipertimbangkan..terima kasih

8 11

1 year ago
Datovista
Message User Image

Rayuan dan Segera Penambahbaikan Skim Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N19

Aslamualaikum Dato Seri Najib , Kami merayu kepada Dato Seri Najib agar dapat menyegarkan semakan dan penambahbaikan skim Pembantu Tadbir Perkeranian dan operasi N19 supaya skim setanding skim perkhidmatan yang lain. Skim Pembantu Tadbir ini terlalu ketinggalan jauh walaupun makin hari beban kerja bertambah. Skim Pembantu Tadbir selalu di anak tirikan dari segi Penambaikan Gaji, Kelulusan, Nama Jawatan, laluan kerjaya, kenaikan pangkat dan sebagai. Pohon Dato Seri dapat menimbangkan segera.

13 3
1 year ago
Faizam Mustafa Azmy
Message User Image

Sengsara Hidup Bandar

Dato Seri & pasukan pentadbir, Realisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dengan menaikkan kadar minima gaji di tahap yang baik untuk sektor swasta dan awam ( sebagai membuktikan negara berpendapatan tinggi ). Saya ucapkan berbanyak terima kasih , jasamu dikenang!

15 1

1 year ago
Azreey Abu Kasim
Message User Image

Seeking consideration to absorb N41 Contract Officers into the civil service

We would like to highlight the plight of N41 Contract Officers as our employment isn't secured, Most of us have served with a minimum of 3 years. We are capable officers with keen interest to continue in serving the nation. It would be a waste of talent and resources if we were to be laid off as we carry with us valuable experience. Perhaps by absorbing us into the civil service it reduce costs of recruiting and training new officers as well. We seek your kind consideration in this matter.

4 5
1 year ago
Shazrul Sapian
Message User Image

Insentif Pemegang Ijazah/Diploma Pekerja Sektor Awam

Assalammualaikum Datuk Seri, Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma. Insentif khas sebanyak RM350 boleh diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma. Insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka sahaja. sekian sahaja cadangan saya kepada Datuk Seri. Terima kasih.

14 3

1 year ago
DILAH BIN MUHAMAD
Message User Image

Pelanjutan tempoh khidmat sektor awam daripada 60 tahun

i) Mengatasi 'kemiskinnan' pesara selepas pencen kerana komitmen tinggi seperti bayaran pinjaman rumah, penjagaan kesihatan dan pelajaran anak2 ii) Dibuat pengambilan baru bagi kakitangan yang sepatut bersara.sebagai 'backing' bersara kelak. iii) Jadi tiada pihak yang teraniaya

3 16
1 year ago
Samsudin Dahalan
Message User Image

PENYELARASAN PEMBAYARAN GAJI 13 BULAN BAGI SEKTOR SWASTA

Salam Hormat YB PM, Saya sebagai seorang perkerja swasta meminta kerajaan agar mempertimbangkan untuk mewajibkan pembayaran gaji bulan ke 13 bagi sektor swasta. Jika dilihat dalam pembayaran gaji untuk sektor swasta, pembayaran gaji bulan ke 13 tidak wajib seperti di negara2 maju... ini juga akan meningkatkan penurunan kos sara hidup yang semakin tinggi dinegara ini. Dengan adanya pendapatan lebihan tuk tahunan, secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi negara.

7 1

1 year ago
Mohd Yusri Bin Mat Yusof
Message User Image

Calon Simpanan SPA 3 Tahun Kebelakangan Ini Diguna Lantik

Semoga semua calon simpanan SPA 3 tahun kebelakangan ini diberi peluang berkhidmat. Mereka tidak diambil berkhidmat kerana ekonomi negara yang merudum dan pengambilan ditangguh sehingga tamat masa simpanan Kasihan mereka telah berusaha. Jimatkan kos dengan tiada temuduga baru. Gunakann semua calon simpanan. Mereka layak. Terima kasih PM

8 1
1 year ago
Gtdyn Lensa
Message User Image

Jawatan Kosong Kerajaan

Memperbanyakkan lagi pengambilan jawatan kosong kerajaan disebabkan ramai graduan yang menganggur. Selain itu, program SL1M pula tidak dapat menjamin pekerjaan yang tetap disebuah organisasi.

10 2

1 year ago
azleen alias
Message User Image

kesihatan

penambahbaikan klinik kesihatan d Sabah..kenaikan gaji pegawai perubatan

4 1
1 year ago
Mohamad zulfikar bin husain
Message User Image

MEMBALAS JASA KAKITANGAN KERAJAAN

Saya memohon kepada Dato' Seri agar dapat mempertimbangkan pemberian Bonus Dua (2) Bulan Gaji kepada semua kakitangan awam bagi menghargai sumbangan keringat dan idea kami dalam memajukan Sektor Awam selaras dengan visi dan misi negara ke arah Wawasan 2020. Pemberian bonus ini sudah pasti akan menyuntik semangat kami bagi meningkatkan lagi kualiti kerja dan berdiri teguh di belakang Dato' Seri dalam membawa Malaysia yang tercinta ke masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.

27 8

1 year ago
Raymond Rosidih
Message User Image

Menyediakan Bantuan/Elaun Pengangguran

Salam sejahtera. Saya mencadangkan agar diberikan elaun penggangguran bagi pekerja yang diberhentikan/kehilangan pekerjaaan. Sejumlah elaun diberi selama 3 hingga 6 bulan atau sehingga beliau memperoleh pekerjaan seterusnya. Memandangkan keadaan ekonomi rakyat M40 dan B40 yang mendesak, maka sukar bagi golongan tersebut untuk menyediakan 3 hingga 6 bulan gaji sebagai safety net. Terima kasih.

9 4
1 year ago
Mohd Amizi Bin Aminuddin
Message User Image

cadangan pengurangan tempoh lantikan tetap kakitangan kontrak dari 15 ke 10 tahun

Assalamualaikum.....YAB Dato Sri, saya memohon jasabaik YAB Dato Sri mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan lagi tempoh lantikan tetap dari kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun kepada 10 tahun sahaja. Ini kerana terdapat ramai kakitangan awam yang masih berkhidmat secara kontrak dalam kerajaan. Tempoh 15 tahun tersebut agak lama dan panjang. justeru kakitangan yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun adalah sesuai untuk diberi peluang dilantik ke skim tetap dan berpencen

6 3

1 year ago
Yyc Yap
Message User Image

To cancel minimum wages requirement

To cancel minimum wages requirement as quoted below. It affects small business in small town, and business owner can’t afford to pay the minimum wages. Budget 2016 - [The national minimum wage will be increased from RM900 to RM1, 000/month for Peninsular Malaysia and from RM800 to RM920 for Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan.]

2 6
1 year ago