Alam Sekitar & Pertanian

Kongsi pendapat mengenai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan, teknologi hijau, subsidi pertanian dan pengeluaran ternakan serta topik lain berkaitan alam sekitar dan pertanian

Shafiqah Zairina
Message User Image

PUTRAJAYA ECO-ADMINISTRATION-CITY

YAB DATO SRI, Putrajaya has so much more to offer than its current achievements. Why not gear up Putrajaya to be a 100% green city by providing infrastructures such as tramp services within the ministries and providing more parking areas within the periphery. It will benefit the people in putrajaya as well as attracts more tourists to visit

7 2

1 year ago
Hafizan Mohamad
Message User Image

HUB PLANTATION-RUMINANT INDUSTRY

Seperti yang diketahui, pembangunan tanaman perladangan industri seperti kelapa sawit semakin pesat di Malaysia. Oleh itu, peluang amat besar kepada Negara sekiranya dapat memenuhi permintaan sumber protin haiwan ruminan, melalui sistem tanaman-ternakan bersepadu. Dimana dapat meningkatan hasil tanaman berserta membangunkan industri ruminan.

4 1
1 year ago
azrolsenawi
Message User Image

Memberi Subsidi untuk golongan Pesawah bumiputra

saya mencadangkan pihak kerjaan memberi subsidi benih padi untuk golongan Pesawah Bumiputra.ini kerana golongan Pesawah bumiputra adelah golongan yang terawal dan yang paling dalam perindustrian beras.ini membolehkan satu penganugerahan untuk golongan bumiputra.

4 6

1 year ago
azrolsenawi
Message User Image

Memberi Subsidi untuk golongan bumiputra

saya mencadangkan pihak kerjaan memberi subsidi benih padi untuk golongan bumiputra.ini kerana golongan bumiputra adelah golongan yang terawal dan terlama dalam perindustrian beras.ini membolehkan satu penganugerahan untuk golongan bumiputra.

3 7
1 year ago
RICKS
Message User Image

EKONOMI LUAR BANDAR

MEWUJUDKAN BANTUAN KEWANGAN, PERALATAN DAN BAHAN PERTANIAN SERTA PASARAN TANPA MENGENAKAN SYARAT YANG BERAT SEPERTI GERAN DAN KELUASAN MINIMA. PROGRAM BIMBINGAN PETANI LUAR BANDAR SECARA BERTERUSAN SEHINGGA PESERTA MAHIR DAN MANDIRI. BANTUAN KEWANGAN MELALUI AMANAH IKHTIAR DAN USAHA MAJU MEMBEBANKAN DAN TIDAK PRAKTIKAL KERANA BAYARAN BALIK PINJAMAN SECARA MINGGUAN. MALAYSIA AKAN MAJU JIKA PENDUDUK LUAR BANDAR DIMAJUKAN SUMBER PENDAPATANNYA. SALAM 1 MALAYSIA.

4 1

1 year ago
johan
Message User Image

Kawalan mutu madu

Saya dapati banyak madu dipasaran adalah tidak asli & memudaratkan kesihatan, boleh kah kerajaan menubuhkan satu lembaga untuk memastikan semua madu bukan madu kelulut sahaja di pasaran adalah asli dan yang tidak asli dihapuskan kerana memudaratkan kesihatan, boleh meningkatkan penyakit kencing manis & membebankan bajet kerajaan, & madu synthetic lebih memudaratkan, madu asli diberi cop asli dari Mardi tq

0 0
1 year ago
johan
Message User Image

Ayam organic tanpa antobiotik

Diharap kerajaan dapat memperuntukkan bajet untuk memajukan industri ayam organic, kerana sejak akhir - akhir ini banyak bakteria yang resistant dengan antibiotik, supaya ayam organic murah, ini akibat pengunaan antibiotik yang berlebihan, supaya ayam organic murah , mudah didapati & dapat diekspot

3 0

1 year ago
Mohamad Nazri bin Tajuddin
Message User Image

Peluang Pekerjaan

Bidang ternakan di negara ini seperti dianak tirikan. Pemegang ijazah dalam bidang ini, (ya kami sedar kami tidak ada pengalaman), cuma kami dilayan seperti terbuang. Tiada peluang atau sangat rendah peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam jabatan pertanian, jabatan veterinar dan jabatan perhutanan. Bukankah lebih bagus sesatu organisasi itu mempunyai ahli yang berkebolehan dari segala aspek dan upaya. Dari organisasi yang hanya tahu perkara yang sama.

2 0
1 year ago
johan
Message User Image

Mengalakkan pertanian organic

Penyakit kanser semakin meningkat, selalunya dikaitkan dengan bahan kimia, diharap kerajaan dapat memperuntukkan bajet untuk memajukan tanaman organic supaya lebih murah & mudah didapati & boleh diekspot dan diharap kanser pun semakin berkurangan

0 0

1 year ago
Mohamad Nazri bin Tajuddin
Message User Image

Sekuriti Makanan

Keselamatan makanan dan sekuriti makanan adalah dua perkara beza. Saya pasti tuan amat arif tentang kedua duanya. Adakah malaysia mampu mengharungi sekiranya terputus segala bekalan produk import dari semua negara? Jika ya, berapa lama? Sebagai contoh lagi, bidang ternakan ayam pedaging malaysia. Bergantung kebanyakannya kepada makanan atau bahan mentah yang diimport dari negara luar. Jadi, mewujudkan platform bahan mentah dari sumber kita sendiri, saya rasakan amat penting bagi negara kita.

1 0
1 year ago
Zainal Abidin
Message User Image

Tanah pertanian kaum Melayu yang terbiar

Kerajaan harus menggunakan expertise mereka untuk mengusaha tanah tersebut dan keuntungannya dikongsi bersama. Tanah yang strategi didirikan bangunan dan tidak, untuk projek pertanian yang sesuai.

3 0

1 year ago
hans.m
Message User Image

Menghentikan Pembukaan Ladang Sawit Meningkatkan Kawasan Hutan

Hentikan pembukaan ladang sawit besar-besaran. Lambakan sawit meyebabkan harga sawit menurun dan kerosakan alam sekitar.

5 0
1 year ago
Affan Nasaruddin
Message User Image

Dana Khas Alam Sekitar Bagi NGOs & Community Based Organizations

Terdapat banyak NGO dan organisasi community based yang menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia. Walaupun dana yang mereka terhad, mereka juga terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bagi meneruskan program-program pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, saya mencadangkan pihak Kerajaan memperuntukkan dana khas buat NGO/organisasi community based bagi meneruskan dan mengalakkan lagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

4 0

1 year ago
Mohamad Fuad B MOHD ISHAK
Message User Image

Teknologi pertanian

Mewujudkan skim bantuan rakyat yang berpengatahuan merekacipta dengan kos rendah demi membantu meningkatkan hasil petani. Contoh 1: menghasilkan bantal berusurkan getah dapat dijual dengan harga melebihi menjual getah asli. Penghasilan bantal getah ini boleh dijadikan projek komuniti. Contoh 2: menghasilkan produk sabun berunsurkan bahan semulajadi. Produk ini boleh dilakukan dirumah dan mampu dikembangkan sebagai produk komuniti.

1 0
1 year ago
Husain Mahmood
Message User Image

Pertanian Bersepadu

Negara kita pada umumnya banyak mengimpot barang makanan. Oleh itu terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu pengurangan impot tersebut. Sebagai contoh, inisiatif penternakan lembu, tumbuhan pertanian seperti buah berangan dan pengeluaran kelapa yang mencukupi dalam negara. Siswazah patut ditarik bergiat dalam lapangan pertanian untuk membantu negara. Sehubungan dengan itu, program siswazah tani haruslah diberi nafas baru dan disediakan peruntukan dan kemudahan mencukupi sewajarnya.

3 0

1 year ago
Syafi Najdi
Message User Image

Tahap kebersihan sungai klang yang kurang memuaskan.

Salam 1 Malaysia,saya ingin mencadangkan supaya meningkatkan tahap kebersihan sungai klang dan menambah baik landskap sungai klang ke suatu tahap yang terbaik seperti membina taman disepanjang sungai klang ,tahap kebersihan sungai klang sekarang berada pada tahap yang agak memalukan bagi kita rakyat malaysia terhadap pelancong asing, kebersihan sungai maruah kita rakyat Malaysia, terima kasih.

0 0
1 year ago
Taufiq Megat Ghazali
Message User Image

insenerator utk alam

sambungan.. seterusnya, loji insenerator bernilai 70j, jadi adalah lebih baik loji ini di bawah selenggara alam flora atau kementerian sendiri. hal ini dpt mmbntu graduan engineer yg berkelayakn boleh bekerja seperti mana pekerja petronas. lebih lagi, mmbntu alam sekitar dan matlamat Malaysia bersih akan trcapai walau tanpa denda seperti di Singapore

0 0

1 year ago
Alif imran
Message User Image

Hukuman mati kepada pemburu haram

Hukuman membayar saman atau pun penjara tidak lagi relevan pada zaman sekarang. Bagi pesalah yang melakukan kesalah memburu haram, mereka perlu dikenankan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup. Kerana kepupusan haiwan haiwan merupakan salah mereka secara langsung.

1 0
1 year ago
Taufiq Megat Ghazali
Message User Image

insenerator utk alam

ad baiknya jika tempat smpah dikurangi dgn penggunaan insenerator yg lebih hemat dan cermat. insenerator manghasilkn bio energy, bio energy ini boleh mggantikan sumber arang batu untuk tenaga elektrik. jadi akan mmbntu mnjimatkn perbelnjaan dan subsidi kerajaan trhadap bahan bakar. seterusnya, kajian yg lebih lanjut diperlukan seperti penubuhan pakar pelbagai bidang dlam mengeksploitasi kelebihan insenerator untuk mnjana pndapatan rakyat dan kerajaan.

0 0

1 year ago
Alif imran
Message User Image

Penekanan terhadap kepentingan Alam sekitar

Saintis telah memberikan kita zaman baru dimana jika generasi hadapan memulakan eskavasi, mereka akan menjumpai sampah sarap tertanam sebagai bukti kewujudan civitaz kita. Kerajaan perlu melakukan langkah drastik dalam menanggani masalah sampah. Pusat pusat kitar semula perlu diperbanyakkan. Perkenalkan satu pernigaan kitar semula kepada masyarakat supaya masyarakat akan lebih cenderung melakukan kitar semula.

4 0
1 year ago