Kos Sara Hidup

Kongsi pendapat mengenai harga barang, kos pengangkutan, produk 1Malaysia serta perkara lain yang berkaitan

Scharina Sharifin
Message User Image

Penyerapan penjawatan tetap bagi pekerja kontrak di sektor awam

Salam 1Malaysia... Mohon serapkan Pekerja Kontrak di Sektor Awam (terutamanya Pegawai Pemantau Harga) ke penjawatan tetap. Multi tasking tetapi kami TIDAK dapat sebarang faedah KWSP, elaun tambahan atau skim persaraan. dan BONUS untuk penjawat awam atleast 1bulan gaji untuk bantu kami hadapi kos sara hidup yang makin tinggi. Saya pasti jika terlaksana pasti kami berbesar hati berdiri di belakang YAB DSNR menyokong kepimpinan UMNO 300%

696 68

1 year ago
Mohd Hazri Hasnan
Message User Image

Bonus kakitangan awam

Kadar imbuhan tahunan kpd penjawat awam perlulah sama untuk setiap peringkat / kategori / gred jawatan dlm perkhidmatan awam, sebagai contoh RM2000 untuk setiap penjawat awam. Ini bagi memupuk semangat kebersamaan dalam pelbagai peringkat perkhidmatan.

137 65
1 year ago
zainuddin ali
Message User Image

PENJAWAT AWAM STATUS KONTRAK KPDNKK 2008-2016 DISERAP TETAP

Assalamualaikum.terima kasih pihak kerajaan krn memberi peluang dan ruang kpd rakyat untuk berkongsi idea bajet2017..jika bajet 2016 yg terdahulu pihak kerajaan telah mengumumkan penjawat awam berstatus kontrak diserap tetap mengikut tempoh yang telah ditetapkan..Untuk bajet2017 ini, sy menyarankan pihak kerajaan menggubal akta dan perkeliling bg memberi peluang kpd penjawat awm kontrak off servis (pegawai pemantau harga) diserap sebagai penjawat awam yg tetap.Bantulah kami

570 47

1 year ago
Adam Razak
Message User Image

kelab sukan kereta lumba mini tamiya 4wd(7700/2016)

Assalam, mencadangkan agar sukan lumba ini dapat diperkembangkan di negara kita dgn membuka pusat latihan & venue perlumbaan di setiap negeri agar dapat menarik minat semua golongan untuk melibatkan diri dalam sukan INI . sukan INI dapat melahirkan dan memupuk generasi yang bebas dari gejala sosial yang tidak berfaedah dengan meluangkan masa bermodikasi , kreatif , cipta dan usaha untuk melahirkan sebuah jentera lumba kecil yang stabil dan pantas apabila berlumba di dalam trek . adam Firdaus.

105 40
1 year ago
┐( ̄ヮ ̄)┌
Message User Image

Hapuskan BR1M

BRIM sememangnya dpt membantu penumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan urusan jual beli dan faedah pembelian yg membantu pelbagai sektor drpd pembuat-pembekal-pembeli. akan tetapi, faedah yang dirasai hanyalah sementara dan tidak berkekalan kerana wang BRIM akan habis maka urusan jual beli akan kembali mendatar. Mansuhkan BRIM, dan dgn peruntukan BRIM itu,kerajaan mampu mengurangkan harga (cukai) barang harian sebanyak 15%. Disamping dpt mengoptimumkan urusan jual beli secara berterusan.

53 39

1 year ago
Najua SB
Message User Image

Mewujudkan semula pemberian rebat 10% bayaran balik PTPTN

Saya ingin mencadangkan supaya pemberian rebat 10% kepada yang membuat bayaran balik PTPTN berterusan selama 12 bulan seperti tahun 2014 dan 2015 dahulu, diwujudkan semula. Dicadangkan kadar rebat dinaikkan dari masa ke semasa mengikut baki tahun bayaran balik pinjaman dan konsistensi bayaran balik. Ini dapat menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik PTPTN. Terima kasih.

255 39
1 year ago
RAMZI BIN A RAHMAN
Message User Image

PERJAWATAN PEGAWAI PEMANTAU HARGA (PPH) DI KPDNKK DISERAP KE JAWATAN TETAP

Salam 1 Malaysia YAB Dato Seri, saya mencadangkan agar jawatan Pegawai Pemantau Harga yang selama ini berjawatan kontrak for service agar diserap ke jawatan tetap. Semua pegawai adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda lepasan IPT yang membantu khususnya kerajaan dalam pelaksanaan Program pengawalan harga dan bekalan barangan di pasaran bagi melindungi kepentingan pengguna. Di samping itu, semua pegawai mempunyai banyak kelebihan dan pengalaman sepanjang berkhidmat di kementerian ini.

539 36

1 year ago
MUHAMMAD NURSHAZNI BIN MOHD SALLEH
Message User Image

MASA DEPAN PEGAWAI PEMANTAU HARGA (PRICEWATCH TEAM) DI KPDNKK

Assalamualaikum Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Didoakan agar YAB Dato' Seri dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera. Saya mohon jasa baik PM agar dapat pertimbangkan untuk menyerap tetap semua Pegawai Pemantau Harga (PPH) di KPDNKK serama 1300 org yg telah diwujudkan sejak 8 tahun lalu yg masih lagi berstatus Contract For Service. Minta PM fikir kebajikan kami dan kos sara hidup yg kami tanggung demi masa depan kami. Tq.

464 31
1 year ago
Abe Ja
Message User Image

bonus kepada penjawat awam

dato seri saya ingin mencadangkan pemberian bonus diselaraskan kepada semua penjawat awam tidak kira gred. Semua gred saya cadangan diberi bonus sebanyak rm 2000.00 kepada penjawat awam tidak kira dari gred mana pun.

48 31

1 year ago
Sow Wu Leang
Message User Image

Perubahan saluran brim

Saya mencadangkan agar BRIM 1 Malaysia perlu ditukar kepada bentuk yang lebih baik dan memjamin semua orang dapat merasai dan tidak berlaku salah guna atau ketidak adilan. Contoh yang boleh disalurkan kepada bentuk bantuan pendidikan ,bantuan kesihatan dan lain-lain adalah lebih baik untuk rakyat . Pergi sekolah free , pergi hospital free

88 29
1 year ago
Mohd Raif Masaud
Message User Image

Kurangkan Beban Rakyat

GST perlu dihapuskan atau diturunkan kepada 3% Minyak perlu diturunkan lagi Harga pengangkutan awam perlu diturunkan Harga barangan perlu diturunkan dan dikawal ketat oleh kementerian Sekarang harga ayam RM7/kg terlalu mahal

92 28

1 year ago
Ng Zhen Wen
Message User Image

Kurangkan cukai jalan bagi kenderaan peribadi berenjin kapasiti tinggi

Cukai jalan kenderaan peribadi berkapasiti tinggi (cth: 3000cc ke atas) harus dikurangkan atas sebab: 1) subsidi minyak sudah dirasionalisasi 2) GST atas petrol bukan RON95 Saya percaya cukai jalan yang tinggi yang dikenakan pada masa dahulu adalah disebabkan subsidi minyak yang dinikmati kereta berenjin kapasiti tinggi. Hari ini, subsidi telah dirasionalisasi dan adalah kurang munasabah untuk terus mengenakan cukai jalan yang tinggi ke atas kenderaan kategori tersebut. Terima kasih.

7 25
1 year ago
Aina Liyana Adam
Message User Image

Menukar status kontrak Pegawai Pemantau Harga kepada Pegawai Tetap

Sejak tahun 2008, Jawatan Pegawai Pemantau Harga telah diwujudkan sebagai pegawai kontrak off service didalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Saya mencadangkan supaya pegawai-pegawai ini dilantik secara tetap kerana mereka amat diperlukan dalam memantau harga barangan di peringkat borong dan runcit dan terbaru pemantauan GST secara berfasa. Segala data harga dapat diperolehi dengan mudah dan khidmat mereka amat penting dalam membantu kerajaan.

399 23

1 year ago
Nieyla Nadia
Message User Image

PELUANG SERAP CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KERAJAAN

Salam yang amat dihormati dari saya buat DS...........saya memohon supaya kami diberi peluang di serap tetap di dalam jawatan masing-masing........terutama bagi kakitangan yang telah pun berkhidmat selama 5 tahun keatas.......tiada apa lagi yang menjadi harapan kami selain berita baik penyerapan dari DS. Sekian,terima kasih

360 23
1 year ago
Prince
Message User Image

Cukai GST dihapuskan

Mohon sgt2 kerajaan menghapuskan cukai gst yg sedia ada sekarang kerana sgt tidak adil kepada rakyat dimana cukai dibayar oleh semua golongan masyarakat.dlm islam adalah haram mengenakan cukai kpd rakyat sedangkan negara masih mempunyai sumber hasil bumi utk didagangkan.diharap kerajaan peka ttg isu ini,mengenakan cukai bkn jalan terbaik bg kerajaan dlm melangsaikan hutang negara..hakikatnye kerajaan perlu diurus tadbir dgn jujur dan amanah.sekian dr rakyat yg risau

22 20

1 year ago
ZULzikri
Message User Image

Manipulasi otak

saya mncadangkan untuk mmberi klebihan klas prtama dgn mmbuat bilik khas yg mmpunyai penghawa dingin kpd pelajar yg mnunjukkn prestasi yg cemerlang .. ini dpt mnarik mnat plajar laen untuk blajar brsungguh sungguh .

0 20
1 year ago
Alimin Basri
Message User Image

Tukar skim biasiswa ke luar negara

Salam abah... sy rasa kerajaan tidak perlu memberi biasiswa penuh terhadap prlajar malaysia yg mahu melanjutkan prlajaran ke luar negara. Kerajaan hanya perlu beri bantuan permulaan sahaja selama setahun. Selebihnya pelajar tersebut perlu ikhtiar srndiri contonya mereka bole apply biasiswa yg disediakan oleh universiti atau berkerja sambil brlajar. Lagipun terdapat negara yg tiada yuran prlajaran ini bermakna pelajar itu hanya perlu berkerja utk menampung perbelanjaan diri sendiri. Sekian abahh

5 20

1 year ago
mohdhelmi
Message User Image

Beri peluang perkerjaan awam bertaraf spm

Memberi peluang perkjaan awam kpd mereka yg hanya memiliki sijil spm/ vokasional. Ada plbgai sbb mrk tdk dpt melanjutkan pelajaran spt histeria, mslah kluarga terlalu mengonkong anak, aniaya, buli, mslah fizikal dan sbginya. Kdg2 mereka mgambil masa yg agak lama utk yakin pd diri mrk sendiri utk keluar bersma2 masyrakat lain. Bila umur smkin menigkat, dan tiada perkerjaan, emosi akan kurang stabil disbbkan keinginan utk kerja smkin memuncak.

35 18
1 year ago
Abu Al-Zahra
Message User Image

Unemployment Allowance

Mewujudkan Unemployment Allowance bagi pekerja yang telah diberhentikan kerja dan kepada penganggur serta diberi pelepasan cukai kepada majikan yang menggaji pekerja tempatan.

28 18

1 year ago
ELISA ANAK JABOH
Message User Image

PEKERJA BERSTATUS KONTRAK DI SERAP KE JAWATAN TETAP

MENCADANGKAN AGAR PEKERJA BERSTATUS KONTRAK YANG TELAH BERKHIDMAT LEBIH DARI 5 TAHUN BOLEH DI SERAP KE JAWATAN TETAP

281 18
1 year ago