Kos Sara Hidup

Kongsi pendapat mengenai harga barang, kos pengangkutan, produk 1Malaysia serta perkara lain yang berkaitan

Asriah Binti Yusop
Message User Image

Bonus kakitangan kerajaan pencen opsyen kwsp

Datuk Seri. Saya adalah pesara kerajaan yang memilih kwsp untuk persaraan dan tidak persaraan berpencen.setiap kali ganjaran atau imbuhan atau bonus yang diberi oleh kerajaan mereka yang opsyen kwsp tidak mendapat nikmat tersebut. Walaupun hanya rm250, ianya amat bermakna bagi sesetengah kluarga. Kami berharap Datuk Seri prihatin dan mengambil berat isu ini sebagai menhargai jasa kami dalam perkhidmatan awam.

9 5

1 year ago
Xeno Razeel
Message User Image

naikkan br1m

Bagilah br1m rm10000 sorang setahun

11 9
1 year ago
Amrur Izzat
Message User Image

BRIM individu

saya mencadangkan BR1M Individu/bujang diberikan dalam bentuk perlaburan seperti Sijil Simpanan Premium (SSP) /Amanah Saham Berhad (ASB) / Tabung Haji atau mana mana tabung perlaburan yang sesuai..Ini kerana saya yakin remaja seperti saya kurang pengetahuan dal ilmu perlaburan dan jika kerajaan membuat perkara ini, ia mampu untuk membuka mata para remaja tentang perlaburan...sekian

13 6

1 year ago
MOHD SIDEK FADHIL BIN MOHD YUNUS
Message User Image

Kadar data internet/panggilan/sms khas untuk pelajar

Saya berharap agar pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengadakan rundingan dengan semua syarikat telco di Malaysia untuk mewujudkan satu pakej khas langganan kepada pelajar Malaysia (Universiti dan sekolah) yang akan memberikan kadar caj langganan internet/panggilan/SMS jauh lebih murah untuk meringankan bebanan bil handphone pelajar dan ibubapa yang menanggungnya. Terima kasih atas perhatian pihak kerajaan.

5 1
1 year ago
Zainuddin Hamzah
Message User Image

Kurangkan yuran asrama sekolah untuk anak kedua dari RM3 kepada RM1

Assalam. Saya cadangkan kadar yuran asrama bagi anak kedua yang tinggal di asrama dikurangkan daripda RM3.00 sehari kepada RM1.00 sahaja bagi keluarga yang berpendapatan melebihi RM4000.00. Hal ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjaga yang mempunyai anak lebih daripada seorang yang tinggal di asrama terutamanya untuk golongan B40. Sebenarnya penjaga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih daripada RM3.00 sehari untuk seorang anak.

6 0

1 year ago
KOH HAI MING
Message User Image

Cadangan Penukaran Bantuan BR11M Dalam Bentuk Skim Amanah Saham Nasional

Salam Sejahtera. Saya mencadangkan supaya golongan berpendapatan rendah terutama golongan berpendapatan kurang daripada RM3000 ke bawah dan individu bujang yang menerima bantuan BR1M ditukarkan ke dalam bentuk Skim Amanah Saham Nasional supaya mereka dapat belajar menyimpan wang di dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

6 2
1 year ago
MUHAMMAD NURHAKEM BIN ELIAS
Message User Image

felda

sebagai pnyumbang ekonomi negara dan pengeluar mnyak sawit utama.sy mncdangkan peneroka di felda mndpt skrg2nya 5kg stiap bulan untuk mngurangkan kos hidup.

4 0

1 year ago
Yoga Chandriga
Message User Image

Rebate/Relief for data usage

Provide tax rebate or relief for data usage on mobile or dongles as these costs are overboard these days. Regulate the costs as well so that Telcos do not rip people off.

2 0
1 year ago
nur adlina tasya binti ahmad azli
Message User Image

keluarga

1. pemberian bantuan dari segi barang dapur atau wang ringgit kpd para suri rumah selain brim untuk keluarga yg tidak berkemampuan.

4 0

1 year ago
Yuhiza Yusoff
Message User Image

Bantuan khas kepada pesara bekas perajurit negara

Menghulurkan bantuan saguhati samada bulanan atau "lump sum" kepada para pesara perajurit negara yang masih hidup dalam keadaan berpendapataan pencen bulanan yang tidak mencukupi di mana mereka ini pernah bersabung nyawa di dalam hutan belantara, berhadapan dengan pihak komunis . Hayatilah lagu "Inilah Barisan Kita." Semuanya menceritakan pengorbanan mereka. Tanpa mereka, apakah kita akan mendapat kemakmuran seperti sekarang? Hargailah mereka sementara mereka masih ada..

2 0
1 year ago
Reza Ahmad
Message User Image

Elaun penguatkuasa kawalan harga barang

Dicadangkan diperuntukkan budget untuk elaun penguatkuasaan kawalan harga barang. Elaun ini diberi kepada semua penguatkuasa tetap dan juga yang dikerahkan membantu (rela, apm dan sebagainya). Ini adalah untuk memastikan operasi kawalan harga barang dapat dilakukan lebih kerap dan berkesan di samping dan membantu menambahkan sumber pendapatan kepada kakitangan berpendapatan rendah. Kekerapan operasi adalah sangat diharapkan untuk menjamin harga barang adalah rendah dan rakyat tidak terbeban.

3 1

1 year ago
アリフ
Message User Image

Monopoli Kelajuan Internet

Assalam. Saya kini sedang menuntut di sebuah universiti di Jepun sebagai seorang pelajar dalam kos kejuruteraan mekanikal. Bukanlah saya ingin katakan bahawa kita tidak mampu hidup tanpa internet sebagaimana kita bernafas menggunakan oksigen, tetapi, saya musykil terhadap kelajuan internet malaysia yang seakan-akan tidak memadai harganya berbanding negara maju yang lain. Saya rasakan perkara ini perlu ditelitikan demi mencapai status negara maju. Mohon pencerahan. ballackbro@yahoo.com

7 1
1 year ago
Sarah Farhana Juhari
Message User Image

Mekanisma untuk menjual harga makanan yang menghampiri tarikh luput

Untuk menangani masalah harga makanan yang mahal & tidak mampu dibeli, saya ingin mencadangkan agar pasaraya-pasaraya besar dapat menjual makanan yang sudah hampir tamat tarikh luput(namun masih boleh dimakan) dengan harga murah. Ini juga dapat menangani masalah pembaziran

1 1

1 year ago
Rosley Ahmad
Message User Image

brim2017

Pasangan golongan isurumah yang tidak bekerja/tiada pendapatan yang pendapatan Rm3000.00 kebawah dan mempunyai tanggungan lebih 1 orang anak berumur 12 tahun ke bawah mendapat bantuan rm150.00 setiap seorang anak

2 3
1 year ago
Shecarl Mazlan
Message User Image

KURANGKAN KADAR TOL LEBUHRAYA/KAWASAN BANDAR SEMASA WAKTU BEKERJA ATAU SEMPENA CUTI PERAYAAN.

salam 1MALAYSIA..seperti kenyataan di atas,saya ingin memberi cadangan agar DS memberi penelitian yang telus tentang masalah yang berlaku di Malaysia,tidak wajar sekiranya tol di naikkan jika kesesakan masih berlaku.Orang ramai diluar sana juga ada segelintir yang tidak tahu bagaimana utk claim rebat diskaun seperti sedia mklum,,harap DS terus buat pemotongan diskaun apbila pengguna terus membayar tol on the spot ,dan tidak perlu lagi ke kaunter tmbah nilai untuk menebus rebat selepas ini.

4 0

1 year ago
Wan Azizi Wan Kamaruzaman
Message User Image

Elaun Pekerja Sambilan Harian (PSH)

YB PM, Mohon semak dan naikkan elaun mengikut kos sara hidup terkini. Pada Bajet 2016 saya telah mohon, tapi tiada kenaikkan, saya harap YB dapat pertimbangkan sekali lagi. Terima Kasih YB PM!

0 0
1 year ago
Chaz Twentyfive
Message User Image

GST

Continue ..... I would be very grateful if you can arrive at a solution whereby the minority of the population under this category are exempted from paying GST . I realise this is a very difficult solution to arrive at but as retirees with NO INCOME and being elderly and aged , all of us had already paid our income tax and so should not be subjected to paying GST Taxes considering that we have NO INCOME..Thank you and I hope you will consider my proposal as a loyal subject

3 1

1 year ago
Chaz Twentyfive
Message User Image

GST

Continue ..... I would be very grateful if you can arrive at a solution whereby the minority of the population under this category are exempted from paying GST . I realise this is a very difficult solution to arrive at but as retirees with NO INCOME and being elderly and aged , all of us had already paid our income tax and so should not be subjected to paying GST Taxes considering that we have NO INCOME..Thank you and I hope you will consider my proposal as a loyal subject

1 0
1 year ago
Joe Lai
Message User Image

1Malaysia 1Harga

saya cadangkan konsep "1Malaysia 1Harga"...utk makluman harga barangan di Sabah agak mahal berbanding d semenanjung ...cthnya, harga kreta proton d Sabah mahal RM1500-RM2000 berbanding d semenanjung ...harga ayam bulat d sabah-RM8.50/kg, semenanjung-RM6-RM7/kg...dan bnyk lagi cth lain...maknanya org sabah trpaksa membayar harga barangan & makanan yg lebih mahal berbanding dgn Org semenanjung...sya brharap agar dato seri dpt bantu org sabah....tq

6 0

1 year ago
johan
Message User Image

Seragamkan duit ASEAN seperti EU

Dato Seri, boleh kah dibuat currency ASEAN supaya nilai duit Malaysia sama dengan Singapura, Ahli Ekonomi Zakaria kalau tak silap namanya, kos sara hidup meningkat kerana duit Malaysia jatuh, jika nilainya sama barangan keluar malaysia pun kompetitif jika dibandingkan dengan Indonesia yang nilainya masa ini rendah berbanding Malaysia

3 1
1 year ago